Home Berita Post View

Syahid Di Nablus

Apr 13, 2022 12:05 pm

 

Seorang pemuda, Mohammad Assaf yang berusia 34 tahun ditembak mati oleh pasukan tentera Israel semasa operasi serbuan berlangsung di kota Nablus yang terletak di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Assaf selepas ditembak pada bahagian dada semasa pasukan tentera menyerbu kota itu pada Subuh hari ini. Ekoran daripada kejadian tersebut, sebuah pertembungan antara para pemuda dan pasukan tentera telah tercetus.

Tambah pihaknya lagi, setakat ini, seramai sepuluh orang warga Palestin mengalami kecederaan sepanjang tempoh pertembungan tersebut. Tujuh daripada mangsa yang cedera ditembak dengan peluru hidup dan dua yang lain ditembak dengan peluru logam. Salah seorang daripada mereka ditembak pada bahagian mata.

Related