Home Berita Post View

Kecederaan Serius Di Selatan Nablus

May 17, 2022 12:34 pm

 

Media Israel mengumumkan bahawa tentera Zionis menembak seorang pemuda Palestin berhampiran pos pemeriksaan selatan Nablus yang terletak di Tebing Barat. Terdapat dakwaan menyatakan bahawa penduduk Palestin tersebut cuba untuk melakukan percubaan menikam.

ٍSaluran 14 milik Israel mendakwa bahawa pemuda berkenaan cuba menikam tentera Israel di pos pemeriksaan Huwwara dan tentera Zionis menembak beliau tanpa ditentukan nasibnya. Sementara itu, sebuah ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah membawa pemuda yang cedera itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Related