Sebuah pertempuran tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel di beberapa kawasan di Tebing Barat. Pada masa yang sama, beberapa orang pemuda Palestin telah ditahan.
Di bandar Jenin, pertempuran bersenjata berlaku selepas tentera Israel menyerbu bandar tersebut, mengepung beberapa bangunan dan menyerbu rumah penduduk. Empat orang pemuda Palestin ditangkap dan dua lagi pemuda cedera akibat ditembak peluru hidup dalam kejadian tersebut.
Sementara itu di Nablus, tentera Israel telah mencetus pertempuran dan menerima tentangan daripada penduduk Palestin. Para pemuda menyasarkan kenderaan warga Israel di Nablus dan Bethlehem serta menyebabkan kerosakan beberapa buah kenderaan.
Selain itu, pertempuran meletus antara para pemuda Palestin dan tentera Israel di kawasan perkampungan Husan yang terletak di barat Bethlehem. Insiden itu berpunca selepas pasukan tentera Israel menyerbu dan melepaskan bom gas beracun ke arah penduduk tempatan dan rumah mereka.

