Home Berita Post View

Israel Buat Kecoh

Jul 05, 2022 12:25 pm

 

Sekumpulan besar tentera Israel telah menyerbu kawasan kejiranan yang telah disasarkan di bandar Jenin. Ekoran daripada kejadian tersebut, seorang tahanan bebas yang merupakan pemimpin gerakan HAMAS, Atta al-Jabali telah ditangkap.

Pada masa yang sama, sebuah pertempuran bersenjata tercetus di antara pejuang Palestin dan tentera Israel di wilayah Nablus. Israel juga menyerbu bandar Bayt Furik dan menangkap seorang tahanan yang dibebaskan, Nidhal Abu Gholami. Isteri beliau telah ditangkap dua minggu yang lalu. 

Di Ramallah, beberapa orang penduduk Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran menentang tentera Israel di bandar Husan. Manakala di bandar Abu Dis yang terletak di timur Baitul Maqdis menyaksikan seramai empat orang penduduk Palestin telah ditembak dalam satu pertempuran. Salah seorang mangsa mengalami kecederaan yang parah. Kejadian yang sama turut berlaku di Hebron di mana beberapa orang penduduk Palestin telah cedera. 

Related