Home Berita Post View

Pertempuran Di Jenin

Aug 03, 2022 09:45 am

 

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seorang pemuda Palestin, Dhirar Soleh Kafrini telah syahid akibat ditembak oleh tentera Israel. Kejadian tersebut berlaku ketika pencerobohan terjadi di kem pelarian Jenin. Sementara itu, seorang pemuda yang lain cedera ditembak menggunakan peluru hidup dan kecederaan beliau disifatkan sederhana. 

Selain itu, tentera Israel telah menahan seorang tahanan yang dibebaskan iaitu Bassam al-Sa’adi selepas kediamannya diceroboh di kem pelarian Jenin. Isteri beliau telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas diserang oleh tentera Israel. 

Tentera Israel memutuskan untuk meningkatkan persiapan di penempatan sempadan Gaza kerana bimbang tindak balas pejuang Palestin terhadap peristiwa yang berlaku di Jenin.

Related