Home Berita Post View

Penahanan Di Tebing Barat Dan Serbuan Di Al-Aqsa

Aug 05, 2022 04:45 am

 

Tentera Israel melancarkan operasi penahanan yang telah menyebabkan seramai tujuh orang penduduk Palestin ditahan di kawasan berasingan di Tebing Barat. Penahanan itu berlaku selepas kediaman mereka diceroboh secara besar-besaran oleh tentera Israel.

Kumpulan ekstremis warga Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dengan perlindungan polis Israel untuk melaksanakan ritual Talmud di pekarangan masjid.

Israel masih meneruskan pencabulan hak rakyat Palestin setiap hari. Mereka  merosakkan rumah dan kemudahan penduduk Palestin. Masjid al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan warga Israel setiap hari pada waktu pagi dan petang.

 

Related