Seramai empat orang pemuda Palestin cedera semasa pertempuran bersama tentera Israel. Peluru hidup dan gas pemedih mata telah dilepaskan ke arah pemuda Palestin di kem pelarian Gazlon, Tebing Barat.
Manakala tentera Israel telah melancarkan operasi penahanan besar-besaran yang telah mengakibatkan seramai 18 orang penduduk Palestin ditahan. Kebanyakan mereka yang ditahan merupakan tahanan Palestin yang dibebaskan. Kejadian ini berlaku selepas Israel menyerang beberapa kawasan berasingan di Tebing Barat.
Bandar-bandar di Tebing Barat menyaksikan pencerobohan setiap hari oleh tentera Israel, bersama-sama dengan operasi penahanan dan pertempuran antara tentera Israel dengan pemuda Palestin.

