Empat orang pemuda Palestin telah ditembak oleh tentera Israel, manakala 12 yang lain mati lemas akibat sesak nafas. Kejadian ini berpunca daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh rejim Zionis semasa tercetusnya pertelingkahan di Nablus, Tebing Barat.
Sementara itu, tentera Israel membuat penahanan besar-besaran ke atas penduduk Palestin. Ini termasuklah tahanan yang dibebaskan selepas serbuan ke atas wilayah-wilayah lain di Tebing Barat.
Israel juga melancarkan beberapa serbuan dan pemeriksaan harian yang melibatkan wilayah-wilayah lain di Tebing Barat. Siri serbuan yang dijalankan ini menyebabkan berlakunya banyak kecederaan dalam kalangan rakyat Palestin, kerosakan harta benda serta penahanan puluhan rakyat sehingga meningkatkan lagi jumlah tahanan di dalam penjara pihak penjajah.

