Komuniti Palestin di Belgium dan Luxembourg dengan kerjasama pelbagai pertubuhan dan persatuan Belgium, telah mengumumkan untuk mengadakan siri aktiviti berterusan sebagai tanda sokongan terhadap hak keadilan rakyat Palestin.
Sumber media melaporkan bahawa satu protes akan diadakan pada esok (Jumaat) di hadapan kedutaan Israel di Brussels sebagai kecaman terhadap tindakan penjajahan perkauman yang dikenakan ke atas rakyat Palestin.
Pertubuhan dan persatuan yang terlibat menyeru kepada kerajaan Belgium bagi melaksanakan sejumlah keputusan Parlimen Belgium yang berkaitan dengan pengiktirafan segera negara Palestin. Ini sebagai tindak balas terhadap pencerobohan berterusan Israel terhadap hak-hak Palestin.

