Hasil sebuah tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak Israel diterbitkan seminggu sebelum pilihan raya umum negara tersebut menunjukkan hubungan yang berterusan antara parti Benjamin Netanyahu dan parti Yair Lapid.
Pihak media melaporkan parti Likud yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu kekal sebagai parti terbesar di Israel dengan 31 kerusi. Manakala, parti Yesh Atid yang dipimpin oleh Perdana Menteri Interim, Yair Lapid memenangi 24 kerusi.
Pilihan raya pada Selasa depan merupakan pilihan raya kali kelima dalam tempoh empat tahun. Namun, bagi pilihan raya keenam dijangka lebih sukar kerana kedua-dua parti perlu mendapatkan 61 daripada 120 ahli Knesset bagi membentuk kerajaan.

