Penduduk haram Israel telah melancarkan serangan ke atas sebuah masjid yang berada di al-Khalil, Tebing Barat.
Ketua Pengarah Am Waqaf al-Khalil, Nidhal al-Ja’bari menyatakan bahawa sekumpulan penduduk haram Israel telah melancarkan serangan ke atas Masjid al-Soneyah yang terletak di Sehla. Ekoran daripada kejadian tersebut, tingkap masjid itu pecah dan kawasan dataran luar masjid rosak.
Beliau telah memberi amaran supaya serangan seperti ini tidak berulang lagi kerana ia akan mendatangkan bahaya kepada para jemaah. Difahamkan bahawa serangan yang dilancarkan bukanlah perkara asing malah ia adalah serangan harian pihak Israel dan penduduknya di kawasan tersebut. Pihak musuh juga sering menakut-nakutkan penduduk tempatan dan menghalang mereka memasuki kawasan tersebut. Operasi ini dilakukan bagi memudahkan pihak musuh merampas kediaman penduduk tempatan dan meluaskan penempatan haram mereka.

