Rejim Zionis telah melancarkan serbuan ke atas bandar Nablus, Tebing Barat untuk mengambil ukuran kediaman milik tahanan Palestin, Osama al-Taweel. Tindakan ini antara langkah awal sebelum tindakan seterusnya dilaksanakan iaitu merobohkan kediaman beliau.
Menurut pihak keselamatan, rejim Zionis telah menyerbu kediaman Osama dan memaklumkan kepada bapanya berkenaan pengosongan kediaman tersebut. Pada masa yang sama, pasukan jurutera Israel dalam usaha menggerudi dan merosakkan kawasan dalam kediaman.
Selain itu, rejim Zionis turut menyerbu beberapa kawasan di bandar Nablus dan mengerahkan pasukan penembak tepat Israel berada di beberapa buah bangunan. Insiden ini telah mengakibatkan sebuah rusuhan berlaku di antara rejim Zionis dan pemuda Palestin. Peluru dan bom gas telah dilepaskan ke arah pemuda Palestin oleh pihak musuh.

