Pegawai Penempatan Utara Tebing Barat, Ghassan Douglas menyatakan bahawa warga haram Israel telah melaksanakan sebanyak 300 serangan di bandar Hawara, Burin, Asira al-Qibliya yang terletak di selatan Nablus, Tebing Barat.
Tambahnya bahawa warga haram Israel membuat kerosakan dan membakar kediaman penduduk awam serta menyerang pemilik kediaman. Insiden ini telah menyebabkan kematian seorang penduduk tempatan, Samih Aqtash, 37 tahun dan lebih daripada 100 mangsa cedera termasuk empat yang lain mengalami kecederaan yang serius.
Dia menegaskan bahawa di Beit Huwwara, 30 rumah telah terbakar dan rosak manakala 15 buah kenderaan dibakar dan dihapuskan. Menurutnya lagi, bandar Burin menjadi saksi pembakaran berek, kandang biri-biri dan tiga kenderaan manakala terdapat sebuah cubaan membakar salah satu kediaman oleh pihak musuh. Pada masa yang sama di bandar Asira al-Qibliya, sebuah kediaman dan tangki air terbakar serta kenderaan dihapuskan.

