Home Berita Post View

Parlimen Arab Seru Agar Penduduk Haram Yahudi Disenarai Sebagai Pengganas

Mar 01, 2023 05:42 pm

 

Parlimen Arab menyeru akan keperluan untuk memasukkan kumpulan penduduk haram Yahudi di Palestin dalam senarai pengganas. 

Dalam sebuah kenyataan, parlimen tersebut menyatakan kecaman yang mendalam terhadap situasi keselamatan yang semakin merosot di Tebing Barat. Tambahan pula dengan perbuatan ganas yang dilakukan oleh kumpulan ini terhadap rakyat Palestin di bandar Huwara, selatan Nablus dan di pelbagai bandar lain di Tebing Barat. 

Parlimen turut menegaskan bahawa keganasan penduduk haram terhadap warga Palestin yang tidak berdaya telah menjadi suatu tindakan terpandu. Justeru, kegagalan dalam menghalang dan meminta mereka bertanggungjawab atas semua tindakan jenayah lalu telah memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan lagi jenayah dan serangan ke atas penduduk Palestin. Tindakan ini termasuk menembak penduduk tempatan, membakar rumah dan kenderaan, mengusir para petani dari tanah mereka dan melakukan pembunuhan bersiri ke atas rakyat Palestin.

Parlimen menyeru agar masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Dunia mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan jahat penduduk haram yang berulang dan berterusan ke atas rakyat Palestin serta harta benda mereka. Jelasnya, ia menjadi sebuah keperluan untuk menamatkan pendudukan Israel seterusnya menjatuhkan ke atas mereka.

Related