Hari ini memasuki hari kelima, tentera pendudukan Israel mengenakan kepungan ketat di bandar Huwwarah, Nablus yang terletak di Tebing Barat.
Pihak Israel juga bertindak menghalang kegiatan rakyat di bandar termasuk melarang kedai-kedai milik penduduk daripada dibuka. Mereka turut bertindak menahan sesesiapa sahaja yang cuba membuka kedai. Tindakan ganas mereka ini terjadi di tengah-tengah kegawatan yang berlaku di mana akhirnya telah menyebabkan kerugian besar kepada penduduk bandar dan mengganggu kehidupan rakyat. Justeru rakyat membantah keras pengepungan ini dan seterusnya melaksanakan langkah berjaga-jaga di tengah-tengah bandar.
Dalam pada itu, ribuan penduduk haram Yahudi menggunakan laluan di perkampungan Huwwarah setiap hari sebagai laluan untuk sampai ke penempatan haram mereka yang terletak di tanah Gabenor Nablus.

