Home Berita Post View

Kuasa Antarabangsa Digesa Turut Campur Tangan Segera Bagi Menghentikan Serangan di Masjid Al-Aqsa

Mar 07, 2023 05:36 pm

 

Kementerian Luar Negeri dan Imigran memberi amaran tentang bahaya gesaan yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi pelampau untuk melakukan pencerobohan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa, sempena perayaan Yahudi yang disebut Hari Purim.

Kementerian mengesahkan, bahawa seruan hasutan ini serta pencerobohan provokatif yang mungkin berlaku di bawah kerajaan sayap kanan pelampau bertujuan mewujudkan ketegangan dan krisis secara berturut-turut. Tindakan ini seterusnya mungkin membawa kepada peningkatan konflik.

Kementerian tersebut telah menahan kerajaan Israel yang bertanggungjawab sepenuhnya dan terlibat secara langsung atas pencerobohan yang berlaku. Kementerian yang sama turut bertindak menuntut campur tangan antarabangsa dan Amerika agar menghentikan tindakan biadap Israel sebelum terlambat.

Related