Kelab Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan, seorang tahanan iaitu Muhammad al-Khatib, 40 tahun sedang berdepan tahap kesihatan yang kritikal.
Kelab Tahanan tersebut menyatakan, bahawa Al-Khatib berdepan masalah kesihatan kronik di bahagian belakang badannya. Dengan kemunculan simptom-simptom baru, beliau mula mengalami masalah buah pinggang, dan dalam masa yang sama, beliau mengalami kesukaran pergerakan telah meningkat dua kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.
Dilaporkan, bahawa al-Khatib merupakan salah seorang daripada lebih 600 orang tahanan yang menderita penyakit serta masalah kesihatan. Mereka rata-ratanya memerlukan rawatan susulan yang rapi. Tambahan pula, mereka turut disiksa dengan diberikan rawatan perubatan ala kadar dan tidak sempurna di penjara pendudukan Israel.

