Beberapa penduduk awam Palestin mengalami kecederaan dalam sebuah serangan yang dilancarkan oleh warga Israel di bandar Huwwara yang terletak di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.
Pegawai yang bertanggungjawab ke atas penempatan timur Tebing Barat, Ghassan Douglas menyatakan seramai lima orang warga tempatan termasuk kanak-kanak mengalami kesesakan nafas. Manakala enam yang lain cedera di kepala terkena balingan batu semasa serangan berlaku di bandar berkenaan. Pada masa yang sama, sebuah rusuhan tercetus di antara penduduk Palestin dan pihak rejim Zionis yang mendapat perlindungan tentera Israel.
Setakat ini sehingga 26 Februari 2023, warga Israel telah melancarkan sebanyak 300 serangan di bandar Huwwara, Burin, Asira al-Qibliya yang terletak di selatan Nablus. Serangan itu telah mengakibatkan seorang penduduk awam terkorban dan 350 yang lain cedera selain kediaman dan kenderaan dibakar dan dihapuskan.

