Home Berita Post View

Mahkamah Israel Melanjutkan Tempoh Pengasingan Ahmad Manasrah

Mar 14, 2023 04:53 pm

Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan bagi melanjutkan tempoh penahanan tahanan Palestin, Ahmad Manasrah yang berusia 21 tahun walaupun keadaan mentalnya semakin serius.

Peguam yang mewakili Ahmad Manasrah, Khalid Zabarqa menjelaskan bahawa Mahkamah Israel telah melanjutkan tempoh pengasingan bagi tahanan Palestin itu selama enam bulan lagi. Beliau turut memberi amaran bahawa Ahmad Manasrah akan berdepan dengan risiko penderaan dan penindasan yang berganda dalam kehidupannya berbanding sebelum ini.

Ahmad Manasrah telah ditahan rejim Zionis sejak beliau berusia 13 tahun. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan pada tahun ini merupakan tahun ketujuh beliau di penjara Israel. Layanan berbentuk penderaan fizikal yang teruk diberikan rejim Zionis terhadap beliau terlalu kejam sehingga pemuda itu menghidapi kecelaruan emosi.

 

Related