Beberapa orang awam mengalami kesesakan nafas dalam sebuah pertempuran antara penduduk tempatan dan tentera pendudukan Israel di bandar Beit Ummar yang terletak di utara al-Khalil (Hebron), Tebing Barat.
Sumber melaporkan bahawa tentera pendudukan telah menceroboh masuk kawasan Beit Za'atah yang terletak di bandar itu sebelum tercetusnya rusuhan di antara kedua-dua pihak. Pun begitu, beberapa orang penduduk Palestin mengalami kesesakan nafas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera pendudukan Israel.
Sementara itu, tentera pendudukan Israel turut melancarkan serbuan penahanan ke atas 12 orang penduduk Palestin di bahagian berasingan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

