Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengumumkan bahawa seramai 28 orang tahanan di penjara Etzion sedang mengalami situasi kritikal. Difahamkan ketika ini pihak pentadbiran penjara telah merampas hak asasi mereka walaupun perkara tersebut jelas ditetapkan dalam perjanjian dan undang-undang antarabangsa.
Melalui sebuah kenyataan akhbar, pihak berkuasa ada menjelaskan bahawa para tahanan di penjara Etzion tidak dibenarkan mandi menggunakan air panas dan keadaan di dalam penjara sangat kotor, ditambah pula dengan bau yang teruk. Manakan tidak, keadaan para tahanan di dalam bilik yang bersaiz kecil menyebabkan mereka terpaksa bersesak-sesak. Lebih mendukacitakan, para tahanan turut mengadu bahawa makanan yang dibekalkan tidak mencukupi dan tidak menyelerakan.
Berdasarkan laporan setakat hari ini, seramai 4,800 tahanan Palestin sedang meringkuk di penjara Israel akibat kekejaman rejim biadab itu.

