Home Berita Post View

Kenyataan Smotrich Berbaur Hasutan dan Ditolak

Mar 22, 2023 03:31 am

 

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir, Ahmed Abu Zeid menegaskan bahawa Mesir sepenuhnya menolak kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Israel, Tselel Smotrich. Penolakan kenyataan tersebut susulan daripada penafian Smotrich terhadap kewujudan rakyat Palestin yang terkait dengan aspek warisan, budaya, sejarah dan identiti mereka.

Kenyataan Smotrich dinilai sebagai satu dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan berbaur hasutan, termasuk mempunyai unsur perkauman. Manakan tidak, kenyataannya menafikan realiti sejarah dan geografi Palestin. Hal tersebut tidak dapat diterima rakyat Palestin dan telah menyemarakkan api kemarahan mereka.

Ahmed Abu Zeid menganggap kenyataan sedemikian akan menjejaskan usaha mencapai perdamaian antara pihak Palestin dan Israel.

Related