Berpuluh pelampau Israel yang tinggal di pos penempatan di tengah-tengah al-Khalil telah menyerbu kawasan Bab al-Khan yang terletak di barat Masjid Ibrahimi.
Menurut pihak tempatan, warga Israel telah mencabut pintu beberapa buah kedai dan membuat kacau di dalamnya. Difahamkan bahawa kedai-kedai ini telah ditutup hampir 23 tahun oleh rejim Zionis dan pemiliknya dihalang untuk singgah atau berniaga di sana.

