Home Berita Post View

Angkara Israel, Pemuda Palestin Syahid

Apr 03, 2023 06:30 pm

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan dua orang pemuda Palestin, Muhammad Abu Bakar dan Muhammad al-Halaq telah terkorban akibat ditembak rejim Zionis dalam satu serbuan di bandar Nablus.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menceroboh bandar Nablus dari pelbagai arah dengan peralatan ketenteraan dalam kuantiti yang banyak. Sejurus kelepas itu, serbuan ke atas kediaman penduduk awam telah dilancarkan dan tindakan ini telah menyebabkan dua orang pemuda Palestin terkorban manakala puluhan yang lain kesesakan nafas akibat terhidu gas. Tambahan lagi, dua orang pemuda Palestin yang lain ditahan dan Hospital Nablus diserang pihak musuh dengan gas beracun. 

Dengan insiden yang berlaku, angka kematian para syuhada meningkat kepada 94 orang mangsa. 

Related