Home Berita Post View

Perayaan Paskah Punca Masjid Al-Qibli dan Al-Aqsa Diceroboh Lagi

Apr 03, 2023 06:25 pm

 

Dalam sebuah kejadian, pasukan rejim Zionis telah menceroboh Masjid al-Qibli yang berada di dalam kawasan Masjid al-Aqsa serta halaman sekitarnya.

Sumber menjelaskan bahawa tentera rejim ini telah menceroboh Masjid al-Qibli seterusnya mengusir puluhan orang Islam yang sedang beri'tikaf dan para murabitin dengan menggunakan kekerasan dan senjata. Tindakan ini difahamkan  untuk memudahkan pencerobohan penduduk haram ke halaman Masjid al-Aqsa pada waktu pagi, bersempena hari cuti Passover (Paskah). 

Puak penduduk haram pelampau menyeru penyokong mereka agar melakukan serangan terbesar di Masjid al-Aqsa semasa hari Paskah Israel ini berlangsung. Perkara ini bertepatan dengan apa yang diumumkan oleh tentera rejim dalam mengenakan sekatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dan turut menutup semua pusat pemeriksaan semasa tempoh cuti.

Related