Dalam sebuah kejadian di Selatan Beitlehem, seorang kanak-kanak dilaporkan telah ditembak manakala beberapa orang awam yang lain mengalami kesesakan nafas semasa pertempuran dengan pihak Zionis Israel di bandar al-Khader.
Menurut sumber, kejadian yang berlaku di kawasan al-Tal di Kota Lama telah menyaksikan pihak rejim melepaskan peluru dan gas beracun ke arah warga penduduk. Akibatnya, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian bawah perut akibat terkena tembakan. Di samping yang lain mengalami kecederaan ringan akibat kesesakan nafas berpunca daripada gas beracun.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan akibat turut ditembak pihak rejim semasa kejadian pertempuran yang berlaku di Kem al-Aroub yang berada di al-Khalil. Dalam kejadian ini, rejim zionis tidak hanya bertindak menyasarkan tembakan ke arah warga penduduk, malah memanjat bumbung rumah-rumah mereka sebelum melepaskan tembakan peluru serta gas beracun. Akibatnya, seorang kanak-kanak telah cedera akibat terkena tembakan peluru logam pihak Zionis ketika dia sedang bermain di halaman rumahnya, di samping beberapa penduduk yang lain mengalami kesesakan nafas.

