Puluhan jemaah sesak nafas dan terkena peluru logam dalam pencerobohan yang dilancarkan oleh tentera Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa dan ruang solat Masjid al-Qibli. Mereka cuba mengusir para jemaah dan jemaah yang beri’tikaf daripada kawasan berkenaan.
Menurut sumber, rejim Zionis telah menceroboh Masjid al-Qibli dengan keras dan menyerang para jemaah yang beri’tikaf dengan kejam. Selepas bom bunyi dan peluru logam dilepaskan, bekalan elektrik di masjid tersebut dipotong dan mereka menyusahkan para jemaah di dalamnya. Terdapat laporan menyatakan bahawa lebih 400 orang jemaah ditahan ketika mereka melancarkan serangan ke atas masjid.
Operasi ini dibuat Pertubuhan Haikal yang membuat gesaan untuk menyerbu Al-Aqsa dan melakukan penyembelihan di dalam pekarangannya pada hari Rabu bersempena hari perayaan Paskah.

