Home Berita Post View

Zionis Israel Bom Empat Buah Lokasi di Gaza

Apr 06, 2023 04:15 am

 

Pesawat perang Israel mengebom beberapa buah lokasi di Semenanjung Gaza. Seorang wartawan melaporkan, pesawat perang Zionis Israel telah menyasarkan tiga peluru berpandu ke arah lokasi barat daya bandar Gaza, sementara sebuah lagi disasarkan ke arah Kem Pelarian Nuseirat. Akibatnya, berlaku kerosakan pada perabot-perabot serta barangan yang berada di dalamnya. Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. 

Selain itu, beliau turut melaporkan bahawa pihak Zionis telah melepaskan tiga das peluru ke arah sebuah lokasi di bandar Deir al-Balah, yang selanjutnya telah menyebabkan kerosakan am yang teruk. Sementara itu, tentera laut Zionis juga bertindak melepaskan beberapa das peluru ke arah bot nelayan milik rakyat Palestin di perairan Gaza, bagi memaksa mereka meninggalkan laut.

Senjata rejim Zionis turut menyasarkan sebuah daerah yang berada di Khan Yunis dengan empat das peluru yang akhirnya mengakibatkan kerosakan am di sana. Di samping itu, tembakan ini turut mengesani harta benda awam milik warga Palestin. Dalam pada itu, tiga das peluru turut dilepaskan di sebuah lokasi yang terletak di Beit Lahiya, yang telah menyebabkan kebakaran di sana.

Related