Pasukan rejim Israel telah menahan seorang pemuda dari kejiranan al-Tsauri di bandar Silwan yang terletak di Baitul Maqdis.
Anggota tentera unit penyamar telah menyerbu dan menceroboh kejiranan al-Tsauri seterusnya menahan beberapa orang pemuda termasuklah kanak-kanak. Saksi berkata, bahawa salah seorang daripada kanak-kanak itu ditahan sejurus terkena peluru rejim Israel.
Manakala di bandar al-Tur, seorang penduduk haram pula telah melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak lelaki dan beberapa orang pemuda sebelum bergerak ke arah salah sebuah penempatan haram berhampiran bandar itu.
Pasukan rejim turut menceroboh Hospital al-Maqasid yang terletak di bandar tersebut dalam sebuah kumpulan yang besar. Tindakan mereka ini dengan alasan ingin mencari puak mereka yang cedera.

