Dalam sebuah kejadian di Semenanjung Gaza, pesawat rejim Israel dilaporkan telah melancarkan beberapa siri serangan udara ganas di pelbagai kawasan berasingan.
Pesawat peninjau Israel dan pesawat perang mengebom tanah pertanian milik penduduk Palestin dan lokasi puak pejuang yang terletak di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza dengan beberapa peluru berpandu. Manakala di kejiranan al-Zaytoun dan timur kejiranan al-Shujaia juga berlaku hal yang sama di mana telah menyebabkan sebuah rumah hancur musnah dan kerosakan pada rumah-rumah yang lain.
Jurucakap rejim Israel berkata, mereka telah berjaya menyerang sebanyak 10 buah sasaran di Semenanjung Gaza dengan dengan kekuatan 50 tan bom.

