Home Berita Post View

Tiga Penduduk Haram Yahudi Terbunuh Dalam Sebuah Serangan

Apr 07, 2023 06:29 pm

 

Tiga orang penduduk haram Yahudi telah terbunuh dalam serangan tembakan yang menyasarkan sebuah kenderaan di Lembah Jordan, Tebing Barat. 

Tentera rejim Israel mengesahkan, bahawa serangan tembakan yang dilakukan penduduk Palestin yang menyasarkan sebuah kereta di persimpangan Hamra di Lembah Jordan, telah mengakibatkan kematian tiga orang penduduk haram di samping seorang lagi telah cedera ringan. Dalam pada itu, rejim Israel sedang giat melakukan pencarian pelaku serangan secara meluas di kawasan tersebut. 

Difahamkan, operasi ini dilakukan sebagai respon terhadap jenayah rejim Israel ke atas Masjid al-Aqsa, pencerobohan ke atas umat Islam yang sedang beriktikaf di sana dan pencerobohan Israel malam tadi di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Related