Sekurang-kurangnya 216 orang awam termasuk seorang wartawan mengalami kecederaan akibat ditembak peluru logam yang bersalut getah, selain beberapa orang mengalami kesesakan nafas, dan kesan-kesan lebam dalam pertempuran berdepan pasukan Israel di Jabal Subeih yang terletak di Nablus.
Ahmad Jibril, Pengarah Pusat Kecemasan dan Kontingensi di Bulan Sabit Merah, Nablus menyatakan, seramai 22 orang pemuda dan salah seorang daripadanya merupakan wartawan, telah mengalami kecederaan selepas ditembak peluru logam bersalut getah milik pihak Israel. Turut dilaporkan seramai tujuh orang mengalami kesan lebam, manakala 185 orang lagi mengalami kesesakan nafas akibat gas beracun, dalam pertempuran yang meletus di Jabal Sabieh.
Pertempuran yang berlaku berhampiran Jabal Sabieh dikatakan bersempena pencerobohan ribuan penduduk haram yang mana mereka diiringi menteri kerajaan Israel, di pos penempatan Avitar yang dibina di puncak Gunung Abu Sabieh. Turut hadir bersama beberapa orang menteri ahli Knesset seramai 20 orang.

