Home Berita Post View

700 Rakyat Palestin Ditahan Setakat Suku Pertama Tahun Ini

Apr 12, 2023 05:13 am

 

Setakat ini sahaja, seramai 700 orang rakyat Palestin dari Baitul Maqdis telah ditahan rejim Israel, bagi suku pertama tahun ini. Termasuk 110 orang kanak-kanak serta 24 orang wanita dan kanak-kanak perempuan. 

Pusat Kajian Tahanan Palestin berkata, pasukan rejim telah mengeluarkan 49 perintah penahanan pentadbiran terhadap tahanan dari Baitul Maqdis. Selain itu, mereka turut menjatuhkan hukuman penjara ke atas 112 orang tahanan Baitul Maqdis, selain mengenakan kompaun melampau ke atas majoriti tahanan. Tidak cukup dengan itu, mahkamah Israel juga telah mengeluarkan 85 perintah tahanan ke atas rumah-rumah warga Palestin di mana hampir separuh daripadanya menjadi kediaman kanak-kanak. 

Menurut mereka, bulan pertama tahun ini merupakan bulan yang begitu berat bagi penduduk Baitul Maqdis. Hal ini berikutan peningkatan yang dilakukan pihak rejim dalam pelbagai bentuk serangan dan penindasan, terutamanya penahanan ratusan penduduk, pengenaan kompaun, pengusiran, dan penahanan dari rumah ke rumah.

Related