Home Berita Post View

Netanyahu Enggan Hentikan Pencerobohan Penduduk Haram di Masjid al-Aqsa

Apr 12, 2023 05:15 am

 

Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu setakat ini dikatakan ‘menahan diri’ daripada bersikap tegas menghalang penduduk haram Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan. Perkara ini berterusan walaupun ketegangan teruk di Masjid al-Aqsa semakin meningkat.

Media Israel melaporkan, walaubagaimanapun Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir mengambil sikap menentang penghalangan pencerobohan yang dilakukan penduduk haram itu. Malah, perkara ini disokong oleh Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, serta Ketua Unit Tentera Israel, Herzi Halevi.

Ben Gvir mendakwa bahawa tindakan menutup Temple Mount seperti yang didakwa mereka, kepada penduduk haram merupakan tindakan ‘mengaku kalah’. Bahkan dia turut menuntut agar pencerobohan sedemikian dibenarkan pada hari Rabu, dengan dakwaan ianya  adalah hari ketujuh Paskah Yahudi.

Related