Seorang tahanan Palestin, Khader Adnan, 44 tahun masih meneruskan mogok lapar secara terbuka sebagai penolakan terhadap penahanannya untuk hari ke 67 berturut-turut.
Pertubuhan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer (Addameer Prisoner Support and Human Rights Association) melaporkan selepas mereka melawat Khader Adnan di klinik Ramle, beliau kerap pengsan dan deria penglihatan serta pendengarannya semakin lemah. Selain itu, beliau turut mengalami tekanan yang teruk di dada, kekejangan di seluruh badan. Badan beliau semakin kurus dan dalam keadaan yang sangat lemah.
Pertubuhan itu turut berkata, meskipun keadaan Khader Adnan semakin teruk, rejim Zionis masih tetap berkeras untuk memindahkan beliau ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Beliau ditempatkan di klinik Ramle walaupun keadaan beliau memerlukannya mendapatkan rawatan di hospital. Semasa dalam penjara, pihak Israel mengganggu dan mengambil waktu tidur mereka dengan menyerbu sel setiap setengah jam. Keluarga tahanan juga dihalang daripada membuat lawatan di penjara.

