Rejim Zionis enggan memulangkan jenazah Sa’ud al-Titi dan Muhammad Abu Dzira’ selepas keduanya mati syahid di daerah Deir al-Hatab yang terletak di timur Nablus, Tebing Barat.
Menurut laporan media, pihak bertanggungjawab berusaha membawa pulang kedua-dua jenazah syuhada’. Walau bagaimanapun, tentera rejim tetap berkeras untuk menahan jenazah syuhada’ itu dan enggan menyerahkan mereka.
Rejim Zionis mendakwa bahawa Sa’ud al-Titi dan Muhammad Abu Dzira’ merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap operasi tembakan ke atas seorang warga Israel. Pihak musuh telah melancarkan serangan hendap sebelum mula menyerang dan membunuh penduduk Palestin. Akibatnya, bilangan mangsa syahid kini meningkat kepada 100 orang.

