Home Berita Post View

Israel Sekat Penduduk Palestin Masuk Gereja Holy Sepulchre

Apr 14, 2023 08:19 am

 

Israel mengenakan sekatan ke atas penduduk Palestin beragama Kristian dari memasuki Gereja Holy Sepulchre.

Gereja-gereja di Baitul Maqdis mengesahkan, bahawa tentera Israel telah mengenakan sekatan yang tidak munasabah, tidak wajar dan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam terhadap jemaah Kristian yang ingin memasuki Gereja Holy Sepulchre.

  Israel dilihat mendirikan pusat pemeriksaan tentera mereka di Baitul Maqdis dan sekitar Gereja Holy Sepulchre. Tindakan ini dilakukan untuk mengurangkan bilangan penduduk Palestin yang beragama Kristian mengambil bahagian dalam perayaan Holy Sepulchre.

Gereja-gereja di Baitul Maqdis turut menegaskan penolakan mereka terhadap percubaan Israel mengganggu mereka merayakan Holy Saturday di kota Baitul Maqdis. Pun begitu, penduduk Palestin menyeru masyarakat Kristian untuk mengambil bahagian secara besar-besaran dalam aktiviti-aktiviti Holy Saturday yang telah disambut selama beribu-ribu tahun. 

   Mereka turut menegaskan, bahawa dasar penindasan Israel yang menyekat kebebasan beribadat mereka adalah pelanggaran yang nyata terhadap undang-undang dan konvensyen antarabangsa yang menjamin amalan ritual keagamaan tanpa sebarang sekatan.

Related