Home Berita Post View

Israel Tingkatkan Kawalan ke atas Jemaah Muslim di Baitul Maqdis

Apr 17, 2023 10:13 am

 

Sejak awal pagi, rejim Israel telah meningkatkan jumlah kawalan ketenteraan di bandar Baitul Maqdis pada Jumaat terakhir Ramadan ini. 

Pihak Israel telah mengerahkan lebih 2,000 anggota polisnya bersama pelampau Yahudi di Baitul Maqdis, terutamanya di Kota Lama. Kebanyakannya ditempatkan di kawasan sekitar Baitul Maqdis.

Puluhan ribu jemaah telah menunaikan solat subuh pada Jumaat lalu, dalam keadaan beriktikf dan ribath di kawasan halaman bersempena Jumaat terakhir bagi Ramadan tahun ini. Tambahan lagi ia bertepatan dengan Hari al-Quds Antarabangsa. Namun demikian, rejim Israel masih bertindak menyerang jemaah berhampiran Pintu Hatta di Kota Lama sebagai cubaan untuk menghalang mereka daripada memasuki masjid.

Related