Home Berita Post View

Perwakilan Israel Tutup Siasatan Jenayah Yang Mengakibatkan Syahid Berhampiran Al-Aqsa

Apr 17, 2023 10:20 am

 

Agensi Perwakilan Awam Israel memutuskan untuk menutup fail siasatan jenayah yang dilakukan oleh anggota polis pelampau Israel terhadap as-syahid Muhammad Al-Usaibi, 26 tahun di pintu masuk Masjid al-Aqsa pada bulan lalu.

Pihak pendakwa raya merayu agar jenayah yang dilakukan tidak disabitkan dengan kesalahan. Mereka turut mendakwa bahawa alasan tidak mendokumentasikan jenayah itu adalah disebabkan ketidakcukupan masa untuk mengaktifkan kamera badan dan turut menegaskan bahawa kemalangan tersebut berlaku dalam zon mati, iaitu zon yang tidak dilindungi oleh mana-mana kamera keselamatan.

Rejim Israel turut mendakwa bahawa al-Usaibi bertindak cuba merampas senjata salah seorang anggota Israel berhampiran Pintu al-Silsilah dan seterusnya mencetuskan provokasi. Namun saksi melaporkan bahawa pegawai rejim Israel menembak al-Usaibi selepas beliau menyerang anggota polis setelah mereka menyerang seorang gadis Palestin di sana dengan memukul dan mencuba menahannya sebelum menghalaunya keluar dari kawasan halaman masjid suci itu.

Related