Home Berita Post View

Murabitin, Antara Yang Ditahan di Baitul Maqdis dan Tebing Barat

Apr 17, 2023 10:22 am

 

Rejim Israel telah menahan tiga orang murabit wanita (mereka yang bersiap siaga) di sekitar Masjid al-Aqsa yang terletak di Kota Lama Baitul Maqdis. 

Saksi berkata, murabit-murabit wanita yang dihalau keluar dari masjid tersebut terkejut dengan kehadiran tentera Israel yang mengelilingi mereka ketika mereka sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib dan solat tarawih di Jalan Mujahidin berhampiran Pintu al-Asbat. Tidak hanya itu, rejim Israel turut bertindak menahan selepas memeriksa mereka semua secara paksa.

Dalam konteks yang sama, rejim Israel turut menahan dua orang pemuda di pintu gerbang Masjid al-Aqsa, dan di bandar Ya`bad, Jenin yang berada di Tebing Barat. Selain itu, dua orang saudara turut ditahan rejim Israel bersama-sama kenderaan mereka yang dirampas. Difahamkan, mereka berdua merupakan tahanan yang dibebaskan, manakala salah seorangnya adalah tahanan yang juga salah seorang wira Terowong Kebebasan, Munadhel Anfei’at. 

Related