Tinjauan pendapat Israel menunjukkan, blok pakatan Netanyahu berundur daripada 64 kerusi dalam Knesset, kepada 51 kerusi jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat. Tinjauan yang sama menunjukkan Benny Gantz merupakan calon baru yang paling sesuai menggantikan Netanyahu.
Tinjauan turut menggambarkan, wujudnya rasa tidak puas hati terhadap ketua parti pelampau, Otzma Yehudit dan Menteri Keselamatan Negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir. Tidak hanya itu, ambang pilihan raya ini memperlihatkan penurunan populariti kedua-duanya dalam kalangan masyarakat Israel. Perkara ini berbeza dengan peningkatan yang direkodkan parti-parti yang membentuk blok pembangkang di mana telah mencatatkan seramai 69 ahli Knesset berbanding 56 ahli sebelum ini.
Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa blok pembangkang mampu membentuk kerajaan tanpa penggabungan barisan parti Arab untuk melakukan perubahan.

