Home Berita Post View

Serangan Masih Berterusan Ke Atas Rakyat Palestin

Apr 17, 2023 06:30 pm

 

Tentera Israel melancarkan operasi serbuan dan pencarian di Tebing Barat, di mana kejadian ini telah mengakibatkan seorang pemuda dari Baitul Maqdis cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel di sana.

Kelab Tahanan Palestin melaporkan, bahawa pihak musuh telah menahan beberapa pemuda Palestin di Tebing Barat. Di al-Khalil pula, dua pemuda dan seorang tahanan yang dibebaskan telah ditahan Israel setelah kediaman mereka di Nablus diceroboh. Selain itu,  tiga orang penduduk Ramallah turut ditahan selain dua orang pemuda dari Baitul Maqdis.

Anggota polis Israel telah melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda Palestin dan telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan parah. Beliau ditembak atas dakwaan cubaan membakar salah sebuah kereta milik warga Israel di Baitul Maqdis.

Related