Home Berita Post View

Hari Tahanan Merekodkan 4,900 Penduduk Palestin di Penjara Israel

Apr 17, 2023 06:30 pm

 

Kelab Tahanan Palestin berkata, kira-kira 4,900 tahanan lelaki dan perempuan warga Palestin sedang meringkuk di penjara rejim Israel. Angka ini termasuk 31 tahanan wanita di Penjara Damon, 160 kanak-kanak bawah umur, dan lebih 1,000 orang  tahanan pentadbiran.

Antara tahanan tersebut ialah 2,350 tahanan yang disabitkan kesalahan, 1,016 tahanan pentadbiran, 1,450 dalam reman, 553 tahanan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Manakala jumlah mati syahid dalam kalangan tahanan mencecah 236 orang, sejak 1967, dan lebih 700 tahanan menderita pelbagai penyakit di berbagai peringkat. Selain 14 tahanan yang diklasifikasi sebagai tahanan kekal di Hospital Ramla dalam keadaan kritikal dan cedera parah. 

Disamping itu, bilangan tahanan lama yang ditahan sebelum perjanjian Oslo mencapai 23 orang. Manakala bilangan tahanan yang menghabiskan lebih dari 20 tahun mencecah hampir 400 orang. Tahanan ini dikenali sebagai Tahanan Berdekad.

Related