Dalam sebuah kejadian di utara Salfit, rumah warga penduduk Palestin dan harta benda awam di bandar Kifl Haris dilaporkan diceroboh penduduk haram Yahudi di bawah perlindungan rejim Israel.
Sumber melaporkan, bahawa puluhan penduduk haram Yahudi telah menceroboh bandar tersebut serta bertindak memecahkan tingkap rumah penduduk termasuk merosakkan harta awam di situ. Dalam kejadian yang sama, seorang pemuda dilaporkan ditahan Israel selain seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian kakinya akibat tindakan ganas rejim.
Menurut sumber yang sama, kejadian yang berlaku di tengah-tengah kekalutan yang bingit, mereka mencemarkan tempat suci umat Islam itu dengan melakukan ritual Talmud dan bersorak melaungkan slogan anti-Arab yang berunsur perkauman.

