Persatuan Tahanan dan Bekas Tahanan Wa'ed berkata bahawa keadaan kesihatan Waleed Daqqa yang menghidap kanser berada dalam tahap paling kritikal. Beliau boleh menghembuskan nafas terakhirnya pada bila-bila masa sahaja.
Mereka menambah bahawa Israel mengambil keputusan yang jelas untuk membunuh Waleed Daqqa tanpa mengambil kira semua permohonan untuk membebaskan beliau. Selain itu, rawatan tidak diberikan kepada beliau untuk mengurangkan kesakitannya.
Persatuan Wa'ed menggesa kempen besar-besaran daripada banyak pihak untuk menyelamatkan Waleed Daqqa daripada jenayah ngeri yang dikenakan terhadapnya di penjara Israel. Waleed Daqqa telah ditahan sejak 25 Mac 1986.

