Rejim Zionis meneruskan tindakan operasi menjarah tanah secara besar-besaran di tanah perkampungan Haris yang terletak di barat Salfit. Selain itu, mereka turut menebang puluhan pokok zaitun.
Ketua kampung, Haris Samara menyatakan bahawa jentolak Zionis terus memusnahkan sebahagian besar tanah rakyat Palestin untuk kepentingan syarikat Mekorot Israel. Syarikat tersebut mahu memanjangkan saluran air ke penempatan yang dibina di atas penduduk awam di kawasan gabenor Salfit.
Beliau menambah bahawa projek saluran air bagi penempatan haram Israel menyebabkan tanah runtuh dan berpuluh-puluh pokok zaitun ditebang serta dicabut. Tindakan ini menyebabkan rakyat akan kehilangan mata pencarian mereka di mana mereka bergantung di kawasan tersebut.

