Rejim Zionis telah menahan beberapa orang rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Pada masa yang sama, puluhan rakyat mengalami sesak nafas.
Kejadian di Jenin pula, seorang pemuda Palestin cedera pada lewat malam akibat dilanggar jip milik rejim Zionis. Mereka turut menahan dua orang penduduk awam dari kem pelarian di sana. Seterusnya di Ramallah, seramai lima orang pemuda Palestin ditahan di kawasan berbeza.
Di Baitul Maqdis, tentera Israel menahan seorang pemuda dari Kota Lama. Mereka juga menyerang seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan dengan kenderaannya. Kereta digeledah dan mangsa turut didera. Polis Israel mengusir seorang pemuda dari Masjid Al-Aqsa selama tempoh 3 bulan, dan turut menahan seorang pemuda kerana didakwa melanggar keputusan menghantar pulangnya dari Al-Aqsa.

