Media Israel melaporkan bahawa beberapa laman web dan laman berita elektronik Israel telah mengalami serangan siber yang teruk. Sumber yang sama turut melaporkan bahawa beberapa buah bandar di negara haram itu turut mengalami serangan siber, yang mengakibatkan gangguan bekalan elektrik secara serentak di beberapa buah kawasan.
Tidak hanya itu, pada pertengahan April baru-baru ini, beberapa laman web milik bank Israel dan pejabat pos Israel turut digodam secara besar-besaran. Akibatnya, laman web ini mengalami kerosakan teruk dan ditarik turun penggunaannya.

