Home Berita Post View

Ribuan Penduduk Haram Ambil Bahagian Dalam Demonstrasi Sayap Kanan Israel

Apr 28, 2023 06:58 pm

 

Media Israel melaporkan bahawa puluhan ribu penyokong sayap kanan Israel turun menyertai demonstrasi sebagai menyokong kerajaan pendudukan negara haram Israel.

Saluran 12 Israel mengumumkan bahawa kira-kira 150,000 penyokong sayap kanan Israel berdemonstrasi menyokong rancangan pembaharuan kehakiman yang ingin diluluskan oleh kerajaan Benjamin Netanyahu.

  Sementara itu, Menteri Kehakiman, Yariv Levin, Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Parlimen, Simcha Rothman, dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich telah menyampaikan ucapan kepada penunjuk perasaan. Di dalam ucapan, mereka menekankan akan keperluan untuk bergerak ke hadapan dengan rancangan kerajaan dalam memperbaharui badan kehakiman.

Penunjuk perasaan menuntut agar rancangan undang-undang ini diluluskan semasa Sesi Musim Panas Knesset yang dijadualkan bermula minggu hadapan.

Related