Home Berita Post View

Kesyahidan Khader Adnan: Roket Misil Melanda Sempadan Gaza

May 02, 2023 12:53 pm

 

Para pejuang Palestin di Semenanjung Gaza bertindak melepaskan bom roket buatan tangan ke arah penempatan penduduk haram di sempadan Gaza sebagai tindak balas terhadap kematian seorang tahanan Palestin, Khader Adnan. Beliau dilaporkan telah syahid pada hari ini selepas melaksanakan mogok lapar selama 86 hari di penjara Israel. 

Media Israel menyatakan bahawa kumpulan pejuang Palestin telah melepaskan beberapa das peluru berpandu serentak ke arah penempatan di sempadan Gaza. Menurut stesen radio Israel, Kan, sebanyak dua hingga tiga biji misil telah dilepaskan oleh pihak pejuang ketika ia mendarat di kawasan terbuka.

Menurut laporan yang sama, siren amaran telah dibunyikan di sekitar penempatan sempadan Gaza. Dalam masa yang sama, tentera rejim telah mengumumkan peningkatan keadaan waspada serta menempatkan lebih banyak Iron Dome di daerah selatan.

Related